VHF & HF Band Conditions

Sebalik tabir : Sangkar Repeater

>> 24 November 2009

Sebelum pemergian rakan PERAMAH untuk memasang repeater bebaru ni, gotong-royong telah diadakan untuk membuat rumah repeater. Ini perlu untuk perlindungan repeater itu dari "tangan-tangan yang gatal".


9W2CKK Bang Chia dan SWL Afu sempat bergaya

Kalau tak salah saya, diaorang ni siapkan sangkar ni dalam masa sehari je. Kalau tak silap la, itulah, bila dah ramai yang membantu (termasuk yang tolong tengok), kerja yang berat jadi ringan. Yang susah jadi senang.



Semangat kerjasama yang biasa diamalkan oleh rakan PERAMAH

Kalau ditengok pada gambar yang ada pada entri kali ini, sangkar ni dibuat sendiri oleh rakan ham yang mempunyai skil bertukang. Tengok saja aksi-aksi mereka.


9W2TMN Tn. Mat Nor mengeluarkan api pada tangannya


9W2USS Bang Ucop mewelding tanpa protection? Ui bahaya ni!


SWL Afu sedang memotong 'diamond mesh'

Itulah serba sedikit cerita sebalik tabir untuk pengetahuan rakan-rakan yang mengikuti blog ni. Semua gambar ini ihsan dari 9M2HOO Bang Ho.

Read more...

Penggunaan CTCSS di pengulang PERAMAH

>> 22 November 2009

Untuk makluman semua, ketiga-tiga 'repeater' PERAMAH menggunakan CTCSS atau ada yang memanggilnya Tone Squelch. Pengulang ini menggunakan CTCSS ini pada RX dan TX-nya. Ini juga bertujuan untuk menapis pemancaran dari sumber lain yang kebetulan di frekuensi yang sama.

Untuk tujuan ini, pengguna radio dicadangkan untuk menambah tone ini (iaitu 118.8) semasa menetapkan (setup) radio anda. Sebagai contoh, pada Icom 2200H, aktifkan ia dengan menetapkan 118.8 dan ia diwakili dengan logo berbentuk 'speaker' (lihat contoh di bawah).



Kalau Yaesu FT8800R pula, ia diaktifkan pada TONE M dan di'set'kan pada ENC.DEC.

Cubalah, ianya mampu menapis pemancaran sumber lain yang tidak menggunakan tone ini. Sangat membantu jika kita berada di kawasan yang dapat menerima dua sumber pemancaran pada frekuensi yang sama. Macam saya di Pekan, boleh terima pemancaran 9M4RBS dan 9M4RLD serentak jadi dengan menggunakan ini, saya dapat menapis 9M4RLD dari kedengaran di radio saya.

Harap ini membantu!!

-9M2AZA-

Read more...

Konti Info Banjir PERAMAH

Seringkali bila isu banjir datang, pihak PERAMAH biasanya akan sibuk membuat persiapan yang perlu. Radio Amatur adalah sangat sinonim dengan kerja-kerja penyelamatan dan kebajikan walau dimana mereka berada. Ini membuatkan hobi ini bukan sekadar suka-suka, tapi selalu melibatkan tugasan yang sangat mulia.

Seperti biasa, ada rakan yang rajin memberi info tentang banjir diwaktu bencana seperti ini. Selalu kedengaran di repeater 9M4RCB, satu 'konti' dibuka untuk menyampaikan maklumat berkenaan paras sungai-sungai penting di dalam negeri Pahang dari masa ke semasa.

Sejak dulu, Bang Izam (atau lebih dikenali dengan panggilan Sarjan) 9W2SJN selalu menyampaikan info penting ini kepada semua rakan radio yang boleh mendengar pancaran repeater tersebut. Nama 'konti' tu sebenarnya, idea dia lah.

Terima kasih Bang Sarjan, maklumat anda tu boleh disampaikan ke rakan yang lain secara cepat melalui rangkaian pengulang yang ada.

-9M2AZA-

Read more...

Peramah HQ Blog

Saya rasa kami perlu ada blog sendiri untuk sekali sekala 'update' apa yang berlaku dalam PERAMAH, terutama di sekitar HQ nya (di Kuantan).

Harap blog ini boleh memberi sedikit informasi kepada rakan semua, yang kadang-kadang tak nampak apa aktiviti kami selain dari Tango-Tango.

Enjoy!

-9M2AZA-

Read more...

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP