VHF & HF Band Conditions

Berkelah di Hutan Berkelah Kuantan

>> 03 January 2010


Antara kenderaan 'nak-jadi-hardcore' rakan ham Kuantan

Secara suka-suka, rakan ham Kuantan bersepakat untuk melakukan satu aktiviti kekeluargaan 'outdoor' di Hutan Berkelah dekat sini pada 13.12.2009 lepas. Ianya disertai lebih kurang 40-50 peserta terdiri dari ahli keluarga ham itu sendiri. Kenderaan rakan pun katanya lebih dari 10 buah yang join.



Bang Azam 9W2WWW dan Kak Ucu 9W2UCU berbincang cara-cara untuk memasinkan masakan.



CEO Cemara Elektrik Bang Zizan 9W2TNT (kanan sekali) kelihatan sedang mencongkeh gigi dengan teliti. Manakala Pengarah Teknikal Cemara Elektrik Bang Azmi 9W2OWL (kiri sekali) sedang memaklumkan kepada Pok Li 9W2RLD bahawa dia ingin sangat mandi tanpa pakaian (teringat zaman budak-budak agaknya)

Sangat meriah dan sangat seronok. Konsepnya mudah, masing-masing bawak alatan atau makanan masing-masing. Ada yang bawak bahan mentah dan dimasak secara bergotong-royong. Orang kata, makan nasi kosong dengan ikan goreng pun sedap sangat kalau dah namanya berkelah. Tepi sungai pulak. Peh!!


Bang Yusri 9W2RYY bersama harmonic beliau sama-sama takut untuk mandi di tempat yang kedalamannya melebihi kepala lutut.

Dah terlanjur tepi sungai, apa lagi terjunan akrobatik yang diketuai oleh Bang Zakir 9W2KIR dengar ceritanya telah mendapat sambutan. Sebagai anak hutan yang tegar, Bang Zakir sudah pasti menjuarainya.


Dalam usaha terdesak untuk mendapatkan ikan sepat, Bang Badri 9W2BCO (berbaju putih) bertungkus-lumus menangguk di air yang keruh itu manakala Bang Din McGyver 9W2MGV (berbaju biru) pula meneliti jika terdapat sebarang udang di situ. Bang Faizal 9W2SLA pula sedang mencari spanar beliau yang terjatuh.

Rata-rata semua peserta sangat berpuas hati dengan aktiviti ini dan nak sangat buat lagi nanti. Mungkin bila dah cuaca stabail dalam sebulan dua ni, ada la yang gatal nak main air lagi tu.

*semua gambar ihsan 9W2MZL Bang Mus

Read more...

Pemberhentian Operasi 9M4RCB & 9M4RBS

>> 28 December 2009




Untuk makluman semua, operasi pengulang seperti yang tertera di atas akan ditamatkan perkhidmatannya berkuatkuasa 31 Disember 2009. Surat berkenaan dengannya telahpun diserahkan ke pihak SKMM.

Tetapi ini tak la bermakna kita akan ketiadaan repeater selepas ni. Ini hanya bermaksud sesuatu yang baru akan tiba. Insya Allah, akan diberitau kepada semua bila sampai masanya.

Sementara ni, habiskanlah sisa-sisa kehidupan pengulang ni yang telah lama berkhidmat kepada PERAMAH. Taknak buat majlis kenduri perpisahan ke Bang Azam 9W2WWW? Milo Tabur sempena temuramah pun tak dapat lagi ni.

Read more...

PERAMAH dan Latihan Kecemasan Kemalangan Kapal Terbang

>> 18 December 2009

Ya, seperti biasa, rakan ham di Malaysia memang sinonim dengan kerja-kerja menyelamat. Pada 17.12.2009 yang lalu, kami telah dijemput untuk menjayakan satu latihan bersama-sama agensi Kerajaan yang lain (contoh: Bomba, PDRM, Kementerian Kesihatan, JPAM, dll) bertempat di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Latihan yang katanya diadakan dalam 2 tahun sekali ini memberi tumpuan khusus pada tugas penyelamatan ketika bencana yang membabitkan kemalangan kapalterbang, seperti terhempas atau kebakaran.




Rakan PERAMAH (berserta keluarga) yang terlibat, dianggarkan lebih 50 orang. Memang sporting dan sangat berkerjasama dalam menjayakan aktiviti ini. Ianya menyeronokkan, dan paling penting, memberi pengajaran kepada kami semua tentang bagaimana pengurusan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja menyelamat ini. Pengalaman yang amat bermakna, bukan senang nak masuk benda macam ni!

Ucapan tahniah kepada semua rakan ham Kuantan yang terlibat dalam program ini. Juga terima kasih kepada PIC-PIC PERAMAH yang menguruskan soal pendaftaran, logistik, circulation of information dan lain lain hal (9W2USS Bang Ucop, 9W2WWW Bang Azam, 9W2KTN Bang Wan, 9W2TMN Bang Mat Nor dll). Terima kasih kepada jurugambar 9W2TDK Bang Mazlan (mana gambar tu??) dan 9W2MZL Bang Mus yang sekali serta mengambik gambar kami yang bergelimpangan di lokasi kejadian.



Setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Malaysia Airport Berhad yang menjadi tuan rumah kepada aktiviti ini. Jangan lupa jemput lagi kami nanti ye?

*lagi gambar di laman FaceBook PERAMAH

Read more...

PERAMAH dalam FaceBook

>> 09 December 2009

Sekarang ni rakan-rakan ramai yang dah ada akaun FaceBook (FB). Jadi PERAMAH pun tak ketinggalan dalam mengadakan group dia sendiri dalam rangkaian FB ni.




So, boleh klik pada bahagian kanan atas blog ni (yang ada logo FB tu) untuk melawat atau join group ini. Kat dalam tu lebih banyak gambar dan perbualan rakan-rakan yang menjadi ahli kumpulan tersebut.

Satu lagi cara bagaimana PERAMAH mendekatkan diri dengan rakan dari luar.

Read more...

TT muhibbah

>> 03 December 2009

Di kalangan rakan-rakan ham terutamanya di Kuantan, pemandangan seperti dalam gambar di bawah adalah biasa. Terdiri dari bangsa yang berlainan, dan peringkat umur yang berbeza. Itulah salah satu keunikan semangat rakan radio amatur ni. Di mana-mana pun, selalu macam ni. Baru kenal sehari, dah macam kawan lama.


Dari kiri: 9M2HOO Ho, 9W2CKK Chia, 9W2KTN Wan, 9W2UCU Ani, 9W2WWW Azam dan harmonicnya
Membelakangkan kamera dari kiri: 9W2BSB Din & 9W2TMP Fadzil

Ada satu rakan ham yang baru di Kuantan, memegang callsign 9W2TNA, iaitu Kak Ina. Beliau adalah XYL kepada 9W2TNT Bang Zizan (salah seorang AJK PERAMAH). Kak Ina ni, sekarang kerap berkeudara dan memang seronok dengar beliau berceloteh. Nak pulak jumpa dengan 'gu' dia Kak Ani 9W2UCU (XYL kepada 9W2WWW Bang Azam - Setiausaha PERAMAH). Tiba bab masakan, abih terliur kita yang mendengarnya!

Satu perkara yang amat menarik bagi saya untuk menulis tentang Kak Ina ni, ialah alasan beliau kenapa beliau join radio amatur. Katanya sebelum ni buat tak tau je pasal radio ni walaupun selalu Bang Zizan kasi 'racun'. Tapi sejak dia selalu ikut Bang Zizan berjumpa atau eyeball dengan rakan radio di sekitar Kuantan, timbul satu perasaan minat pada kumpulan ini.

Nak tau apa alasan Kak Ina? Beliau kata, "Untuk mendapatkan keluarga yang besar". Bermakna, beliau ingin bersama dengan rakan-rakan lain yang beliau anggap sebagai keluarga. Ini kerana, dalam radio amatur ni, datang dari banyak golongan orang, dari kecik sampai la ke besor, tak kira apa gelaran sekali pun. Percambahan geng radio ni, di Kuantan khususnya, melibatkan ahli keluarga sendiri seperti anak-anak, isteri, adik-beradik. Mungkin itulah yang dimaksudkan oleh Kak Ina 9W2TNA tu tadi.

Alhamdulillah, semakin ramai rakan dari kaum Hawa dari Kuantan yang sudah mempunyai tiket (lesen) dalam radio amatur ni. Cuma, masih ramai lagi yang segan-segan nak ke udara. Mungkin nanti kita buat Ladies Night 2M Net kot di frekuensi PERAMAH? Boleh mintak 9W2BTU Kak Miah jadi Net Controller, hehehe..

Syabas!

Read more...

Sebalik tabir : Sangkar Repeater

>> 24 November 2009

Sebelum pemergian rakan PERAMAH untuk memasang repeater bebaru ni, gotong-royong telah diadakan untuk membuat rumah repeater. Ini perlu untuk perlindungan repeater itu dari "tangan-tangan yang gatal".


9W2CKK Bang Chia dan SWL Afu sempat bergaya

Kalau tak salah saya, diaorang ni siapkan sangkar ni dalam masa sehari je. Kalau tak silap la, itulah, bila dah ramai yang membantu (termasuk yang tolong tengok), kerja yang berat jadi ringan. Yang susah jadi senang.



Semangat kerjasama yang biasa diamalkan oleh rakan PERAMAH

Kalau ditengok pada gambar yang ada pada entri kali ini, sangkar ni dibuat sendiri oleh rakan ham yang mempunyai skil bertukang. Tengok saja aksi-aksi mereka.


9W2TMN Tn. Mat Nor mengeluarkan api pada tangannya


9W2USS Bang Ucop mewelding tanpa protection? Ui bahaya ni!


SWL Afu sedang memotong 'diamond mesh'

Itulah serba sedikit cerita sebalik tabir untuk pengetahuan rakan-rakan yang mengikuti blog ni. Semua gambar ini ihsan dari 9M2HOO Bang Ho.

Read more...

Penggunaan CTCSS di pengulang PERAMAH

>> 22 November 2009

Untuk makluman semua, ketiga-tiga 'repeater' PERAMAH menggunakan CTCSS atau ada yang memanggilnya Tone Squelch. Pengulang ini menggunakan CTCSS ini pada RX dan TX-nya. Ini juga bertujuan untuk menapis pemancaran dari sumber lain yang kebetulan di frekuensi yang sama.

Untuk tujuan ini, pengguna radio dicadangkan untuk menambah tone ini (iaitu 118.8) semasa menetapkan (setup) radio anda. Sebagai contoh, pada Icom 2200H, aktifkan ia dengan menetapkan 118.8 dan ia diwakili dengan logo berbentuk 'speaker' (lihat contoh di bawah).



Kalau Yaesu FT8800R pula, ia diaktifkan pada TONE M dan di'set'kan pada ENC.DEC.

Cubalah, ianya mampu menapis pemancaran sumber lain yang tidak menggunakan tone ini. Sangat membantu jika kita berada di kawasan yang dapat menerima dua sumber pemancaran pada frekuensi yang sama. Macam saya di Pekan, boleh terima pemancaran 9M4RBS dan 9M4RLD serentak jadi dengan menggunakan ini, saya dapat menapis 9M4RLD dari kedengaran di radio saya.

Harap ini membantu!!

-9M2AZA-

Read more...

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP